PRN JOHOR 2022-PENGUNDI MUDA PILIH ?

Pengundi muda boleh memilih calon yang mereka fikirkan boleh membawa kesan yang baik dalam kehidupan mereka.Pengundi muda juga boleh membuat eksperimen dengan memilih calon muda sebagai pilihan mereka?

Namun semuanya itu bergantung kepada pengundi muda yang baharu pertama kali mengundi.

Selamat mengundi.

Malaysia 2022

Memasuki tahun 2022 Malaysia sudah sewajarnya meneruskan pemacuan ekonomi dalam kebiasaan baharu.Di samping itu juga kejadian banjir yang berlaku pada Disember 2021,wajar dijadikan sebagai langkah permulaan untuk mengatasi setiap kelemahan yang ada,lebih-lebih lagi dalam berhadapan dengan situasi bencana yang datang tiba-tiba.

Kejadian banjir yang melanda itu telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia boleh hidup bersatu padu dan mengamalkan amalan tolong menolong antara satu sama lain.Bahkan sudah ternampak bahawa sudah tiba masanya interaksi antara agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan boleh disusun dengan lebih rapi lagi dalam menghadapi dugaan fenomena alam pada masa akan datang.

Sehubungan itu,marilah kita berdoa agar Malaysia akan terus makmur dan sejahtera serta rakyat hidup dalam semangat ‘Keluaga Malaysia’.

Apa itu Keabsahan?

Perkataan keabsahan meniti di bibir sejak akhir-akhir ini.Ada juga segelintir rakyat,yang kurang arif akan makna perkataan itu.Bahkan secara umumnya perkataan itu amat jarang digunakan.

Namun kini setiap rakyat Malaysia amat cakna akan ‘keabsahan” .Keabsahan amat penting,terutamanya dalam menentukan sesuatu kedudukan tertentu.Tanpa keabsahan maka amat sukar untuk menentukan sesuatu kedudukan itu tuntas.

Sehubungan itu,rakyat Malaysia sedang menanti detik-detik ‘keabsahan itu”Kini rakyat menyedari senario politik di Malaysia kini akan ditentukan melalui keabsahan.

Covid-19.

Sejak tahun lepas,wabak Covid-19,telah melanda dunia,termasuk negara kita Malaysia.Oleh itu pelbagai pendapat,cetusan rasa dan idea yang dilontarkan dalam merefleksi situasi Covid-19 di negara kita.

Bagaimanakah pula pendapat anda,kongsikan pandangan anda dan pendapat anda dengan menghantar lontaran cetusan rasa/idea anda ke e-mel kisockamal@gmail,com.

18 Tahun boleh jadi Adun.

Kini sudah ternyata ada negeri sudah bersetuju bahawa umur 18 tahun layak untuk menjadi Adun.Ini memang menarik,tentu orang muda teruja dengan hal ini.

Kini demokrasi lebih terbuka,umur 18 sudah boleh dicalonkan untuk bertanding dalam jawatan Adun.Golongan muda sudah pasti akan memilih calon yang mengerti akan gerak rasa emosi dan minda mereka.Hanya yang muda mengerti masalah orang muda.

Namun adakah orang muda yang berusia 18 tahun itu,minat politik atau berwibawa untuk dicalonkan sebagai Adun?

Makna Sebuah Pilihan Raya Bagi Pengundi?

Makna sebuah pilihan raya bagi pengundi?

Pada setiap pilihan raya,pengundi akan pergi mengundi dan memangkah mengikut pilihan hati masing-masing.Selepas keputusan diumumkan secara rasmi,maka bermulalah sistem kerajaan yang terbentuk hasil keputusan undian para pengundi.

Pengundi sudah tentu akan berharap agar impian yang terpahat dinalurinya akan menjadi realiti sama ada dalam aspek ekonomi,pendidikan dan sosial.Bahkan keputusan yang diperoleh dalam pilihan raya itu menjadi titik tolak akan satu harapan baharu yang lebih menjamin masa depan pembangunan.

Oleh itu pengundi harus menentukan bahawa undian mereka mampu untuk menghasilkan sebuah kerajaan yang kukuh berdasarkan majoriti .

Untuk kali ini,marilah kita melihat pola naluri pengundi di Sabah.Keputusan yang diperoleh nanti akan menggambarkan persepsi dan realiti yang akan mendatang.

Mengukur Jati Diri Patriotisme Rakyat Malaysia 1957-2020.

Bolehkah jati diri patriotisme rakyat Malaysia diukur setelah Malaysia mencapai kemerdekaan sejak 31 Ogos 1957.Jika boleh diukur apakah alat ukurannya?

Jika boleh diukur setakat manakah tahap jati diri patriotisme rakyat Malaysia,cemerlang,baik,sederhana,,memuaskan atau kurang memuaskan?

Boilehkah penghayatan kepada Rukun Negara dijadikan asas pembinaan dan pengukuhan kepada jati diri patriotisme rakyat Malaysia?

Mungkin juga jati diri patriotisme itu boleh dilihat melalui kejituan rakyat Malaysia mencegah penularan wabak Covid-19?

Kesimpulannya terpulanglah kepada diri masing-masing untuk memaparkan jati diri patriotisme kepada Malaysia tercinta,

Malaysia difitnah lagi?

“POLIS memulakan siasatan berhubung laporan agensi berita antarabangsa Al Jezeera yang didakwa berniat memburukkan imej Malaysia menerusi dokumentari mengenai cara negara ini mengendalikan pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam usaha mengekang penularan Covid-19.’

Mengapkah Malaysia menjadi sasaran?

Apakah tindakan yang bakal diambil oleh pihak berwajib?

Bagaimanakah reaksi rakyat Malaysia?

Covid -19:Kehidupan seterusnya.

Covid-19 telah melanda beberapa buah negara termasuklah Malaysia.Saban hari,sudah pasti ada laporan tentang status Covid-19.

Akibatnya Perintah Kawalan Pergerakan diadakan agar dapat mengawal akan merebaknya virus Covid-19 ini.

Kini sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia kembali bekerja seperti biasa,namun hakikatnya,kita pasti akan melalui satu normal baharu kehidupan.Ini berlaku kerana setakat ini pencegahan untuk Covid-19 masih belum ditemui.

Oleh itu normal baharu kehidupan merupakan satu usaha dalam memutuskan gejala Covid-19.Walaupun berasa janggal namun itulah hakikat yang rakyat Malaysia harus insafi dan sedari.

Berdoalah kita agar wabak ini ada penawarnya.